~ Ku Menghitung Hari Bahagia ♥♥♥ ~

Daisypath Wedding tickers

Monday 15 August 2011

~kucing GENDUT~

besarnyeeeeeeeeee...!!!!

haaaaaaaa.... kOrunk penah tgk x kucing cOmel
yg gendut+gemOk mcm ni..hehehe
mst xpenah kn..
gendut gle kan....!!??

kOrunk nk tau bpe ukur lilit pinggang si gendut ni..??
Lingkar pinggangnya mencapai 68.58cm..!!
kucing ni wujud nye di negeri china

ni la pemilik kucing gendut ni..
kucing ni jd gemuk sebegini rupa sbb
pemakanan nya...
si gendut ni memilih mkn..
spatut nye ble pilih mkn, kurus la kn..??
 ni x.. makin gendut dan gemuk..
kucing ni ske mkn ba alif ba ya drpd mkn ikan..hehe..
ptt la gini gamak besar nye..huhhh
kucing ni b'tambah 0.9 kg SETIAP TAHUN..!!
doc haiwan saran kn kucing ni
diet dan melakukan latihan yg baik..
hihik.. cumel la plak.. kucing pn kne diet..huhu

kucing pn bOle gemuk, apa lg manusia...
kan.. kan.. kan...!!
=)


~Impian Chong Wei Hancur Berkecai!!~

Hajat merangkul gelaran juara dunia tidak kesampaian bagi pemain perseorangan badminton lelaki negara Datuk Lee Chong Wei.
Pilihan utama kejohanan itu tewas pada musuh tradisinya,
Lin Dan dari China, 22-20, 14-21 dan 21-23 pada pusingan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia di Arena Tertutup Wembley, London malam td.
Chong Wei bermula baik pada set pertama meskipun ditentang hebat Lin Dan,
yang cenderung mengajak beliau bermain di jaring.
Dalam satu rali panjang ketika kedudukan terikat 14-14,
Chong Wei menampilkan kemahiran menarik apabila
mampu membalas pukulan walaupun diasak bertalu-talu oleh Lin Dan.
Kesilapan Lin Dan pada minit terakhir set pertama memberi mata mudah kepada Chong Wei, yang menamatkan set tersebut 22-20 dengan pukulan kencang ke penjuru gelanggang.
Pada set kedua, kealpaan Chong Wei membiarkan beberapa hantaran yang disangka keluar gelanggang, memberi peluang kepada wira China itu bangkit dan menjarakkan kedudukan.
Lin Dan akhirnya berjaya mengheret permainan ke set penentuan setelah menang set kedua 21-14.
Pada set ketiga, kedua-dua pemain mempamerkan aksi cemerlang dan perlawanan berlangsung dalam keadaan sengit sehingga ke penghujung.
Meskipun Chong Wei dua kali berada pada kedudukan ‘game point’ iaitu 20-19, 21-20, nasib tidak menyebelahi anak kelahiran Pulau Pinang itu.
Kejuaraan menjadi milik Lin Dan yang mencipta mata kemenangan
23-21 dengan pukulan kencang ke tengah gelanggang.
Ini merupakan kali keempat Lin Dan meraih gelaran juara dunia.
Sementara itu, kekecewaan jelas terpancar di wajah Chong Wei yang gagal memanfaatkan peluang keemasan untuk mencipta sejarah sebagai pemain badminton negara pertama mengungguli kejohanan tersebut.
Kali terakhir pemain Malaysia layak ke perlawanan akhir perseorangan lelaki adalah
pada 2003, menerusi Wong Choong Han.
Perlawanan antara Chong Wei dan Lin Dan mendapat sokongan padu rakyat Malaysia di London, serta ditonton jutaan peminat di tanah air. (t'masuk i la tuh,ngee)
Turut kelihatan di kalangan penonton di Arena Wembley adalah mangsa rusuhan di London, Muhammad Ashraf Haziq Rossli.
Menurut Bernama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedihnya terhadap kekalahan jaguh badminton negara Chong Wei di tangan Lin Dan,
pada Kejohanan Dunia di London malam td.
Dalam Facebook yang dikemaskinikan, Najib berkata perlawanan akhir itu mungkin menjadi pencapaian paling besar Chong Wei selepas menjadi pemain kedua negara layak ke final.
“Sudah dekat tetapi semakin jauh. Saya amat sedih kerana Chong Wei kalah. Ia mungkin menjadi pencapaian paling besar,” kata Najib.
Wong Choong Han menjadi pemain pertama negara layak ke final pada 2003.

p/s: xpela, pape pn Chong Wei dh perform yg terbaik semalam..
mmg cuak gak la tgk mlm td.. penuh emosi..hehe..
syabas ChOng Wei.. ;)
all Malaysian will support u..