~ Ku Menghitung Hari Bahagia ♥♥♥ ~

Daisypath Wedding tickers

Wednesday 24 August 2011

Pari-Pari Kecil

salam pagi.. seronok nye arini ble tgk kwn elyn, mira yg dh kawin last year
selamat melahirkan anak pertama hasil perkahwinan nye
bersama suami t'cinta Mohamed Izma..
haii.. kembang hati ni ble tgk bby yg comel..
so sweet.. geram tgk ank si mira nie..
erm..klu korang nk tau, thn nie ramai kwn elyn yg 
akn b'salin & pregnant.. salah sorng drpd nye si mira ni la..
membe kt opis ni pn ade 2 org lg yg tgu Q nk b'salin..hehe..
bos kesygan elyn pn dh selamat b'salin last Saturday tp still
blum smpat lg nk peg melawat..(sori bos)
xsabar nk peg tgk si pari-pari kecil..

haaaaa.. ni la pari-pari kecil Mira & Izma
empunya nama :
Nur Qisha Qaisara Bt Mohamed Izma
Telah selamat dlahirkan d Hospital Jengka
Pada 16 Ogos 2011..... Jam 4.49 ptg
Berat 2.9 kg
  
 pari-pari kecil berambut lebat...

alOlor... tOmey nye.. kecik2 lg dh t'sedu2... 
mira kata, sedu nk besar..
shuuwwwiiitttt kan... 

haaaaiii... naluri utk mnjadi seorang ibu sudah semakin menjadi-jadi..
Oupstt...!!!!
mira  kata next year, turn elyn plak..????!!

teeettttttt...!!!! 
InsyaAllah... 
hehehe...

ni la tuan punya si pari-pari kecil di atas...
Mira & Izma
kOrang rasa Qisha muka spe..?
Mira ke Izma..??

Jawapan nye : muka Mira + muka Izma la.....
kalau x mne nk jadi muka si pari-pari kecil tu.. apa daaaaaaa...hehehe..








Cinta itu buta

seorang lelaki buta memasuki sebuah retoran. Amin, pemilik restoran
berkenaan pergi ke arah lelaki buta itu dan menghulurkan menu. 'Encik,
saya kan orang buta, saya tak boleh membaca menu. Tolong bawakan sudu
kotor yang telah digunakan oleh pengunjung restoran ini, dan saya
akan menciumnya. Dari situ nanti saya akan tau masakan apa yang enak untuk
dipesan,' kata lelaki buta.

Amin pun mengumpulkan beberapa puluh batang sudu yang belum dibasuh
dan berikannya kepada lelaki tersebut. 'saya nak ikan patin masak asam,
daging goreng kicap dengan sayur keladi masak lemak cili padi,' kata
lelaki buta itu selepas mencium sudu-sudu berkenaan satu persatu.

Terkejut Amin, memang ketiga-tiga masakan itu adalah menu kegemaran
para pengunjung restorannya! Beberapa hari kemudian lelaki buta itu datang
lagi dan meminta untuk mencium sudu-sudu yang sudah digunakan.
Masalahnya ketika itu hanya tinggal sebatang sudu saja yang telah
digunakan untuk makan menu lainnya.

Amin pun berikan sudu itu kepada lelaki buta tersebut. 'Bau sudu yang
ini sedap juga, seperti baru digunakan untuk makan kerabu sotong
dengan sayur kailan dan ikan siakap tiga rasa...' kata lelaki buta.

Tepat sekalli! Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula
kerestoran Amin beberapa hari kemudian. Bagaimanapun, dia dattang
pada waktu pagi sebelum ada seorang pun pengunjung yang datang. Ketika itu
juga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu
oleh lelaki buta.

Tiba-tiba Amin terfikir untuk mengenakan lelaki buta itu. Dia pun
pergi ke dapur dan menghampiri isterinya yang menjadi tukang masak di
restoran itu. Amin berikan sebatang sudu dan berkata, 'Yati,garu sudu ni kat
ketiak awak tu.'

Isterinya, Yati terkejut. 'Apalah abang ni, mengarut aja!' kata Yati
,tidak paham. 'alah... ikut ajalahhhh, untuk kemajuan restoran kita
ni,' balas Amin, terus memaksa. Mahu tidak mahu, Yati menenyeh dan
menggonyoh-gonyoh sudu tersebut di celah ketiaknya yang berpeluh.

Amin membawa sudu tersebut kepada lelaki buta yang sedang duduk
menunggu. Lelaki buta itu pun mencium sudu berkenaan. Hidungnya
kembang kempis. Mukanya berubah.

Tiba-tiba lelaki buta itu menoleh ke arah Amin dan berkata....' Saya
tak sangka makwe lama saya, Yati, bekerja di sini. Boleh saya jumpa dia,
encik?'




Muahahahhahahah. ...!!! kan cinta itu buta... [rolling on the
floor]  [rolling on the floor]

..ini bukan kisah benar dan tidak ada yang kena mengena dengan yang
sedang hidup, mahupun yang telah pergi..

hehehe....